::Malaysia / Singapura::Indonesia / Thailand / Filipina::Myanmar::

Saturday, December 17, 2005

Warkah dari Singapura

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Saudara Suhail,

Diharapkan saudara dalam keadaan sihat dan dalam ketetapan iman.
Alhamdulillah, saya dalam keadaan sihat wal'afiat. Pertama sekali, ingin saya memohon maaf atas kelambatan e-mel ini. Sepulangnya saya dari Selangor, saya terpaksa pulang ke tempat kerja. Hari kemudiannya disusuli persiapan untuk satu perkhemahan di mana pesertanya terdiri dari pelajar2 yang berkemungkinan menjadi belia bermasalah. Fokus kem tersebut ialah keseksualan remaja dan juga meningkatkan kesedaran tentang amalan seharian yang mungkin sudah mula terhakis dari diri para peserta. Alhamdulillah, selesai sudah perkhemahan tersebut.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya, mewakili Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Nanyang ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan di atas kesudian PKPIM menjadi tuan rumah kami tempoh hari. Banyak yang boleh kami pelajari dari sesi tempoh hari, dan insyaAllah, akan kami manfaatkan seberapa mungkin.

Moga-moga hubungan yang dijalinkan dalam satu tempoh singkat tidak berakhir begitu sahaja. Mudah-mudahan, akan datang satu peluang untuk kita bekerjasama dalam satu program untuk kebaikan masyarakat Islam secara amnya, insyaAllah.

Wassalam,
Mahmud

0 Comments:

Post a Comment

<< Home